Isnin, 19 Februari 2018

Peter Petty

Peter petty seorang suami. Yang hidupnya tak punya suasana sendiri. Bila dicorakkan jadi musnah apa jua yang dipegang. Bila ditanya mengapa begitu dia cuma tahu minta maaf tanpa tahu apa kejadahnya benda keizinan. 

Selama 10 tahun berkahwin anaknya ramai. Berderet dalam kepala benak apa anak akan jadi. Barangkali Peter petty tak ada benak. Barangkali peter petty fikir guna kepala bana nak nak waktu berfikir nak buat anak.

Peter petty suka menonton tivi. Pada satu hari matahari terpacak di tebing tivi dan terbenam di kangkang encik petty. Dia rasa geli di skrotum berbulu sambil terlihat sebaris gigi dan tak sabar menunggu esok datang lagi.

Satu kampung tak mengenali dia. Maklumlah dia cuma melihat temeh seperti gunung. Badak dilihat sebagai kerak roti. Tak ke sedih melayan seorang lelaki yang suka hal2 macam lagu dalam baris akhir berlegar di sekeliling mu itu.

Petty kini sudah mati. Meninggalkan waris dengan nama seperti petisyen, pettigrew, siti petty, petty tivi, petty cash dan pettynam. Di satu batu nisan tertulis peter petty seorang ayah yang tiada makna buat semua. 1974-2039. Rip Peter petty. Semoga roh dicucuri rahmat.


9 Februari 2018

Rabu, 10 Januari 2018

Balik Kerja


Pulangnya suami dari pejabat, nasi sama lauk sudah terhidang di atas meja makan dan isteri sudah siap-siap menyarung topeng gas sejak 10 minit lepas sebelum suaminya tiba di rumah. Isterinya menegur bagaimana kerja hari ini dan kenapa hari ini bau badan lebih busuk sambil menyembur pewangi di keliling dapur. Serta kelihatan makin banyak lalat menghurung dia daripada hari kebiasaan. Suami membalas bahawa bosnya ada mesyuarat di luar dan program membasuh pekerja tak dapat dijalankan.

Jumaat, 5 Januari 2018

Mengenang Lars Tunbjörk (1956-2015)

Lars Tunbjörk

Tahun 2013 saya sempat berkunjung ke bandar Georgetown dan acah-acah berjalan kaki sambil sangkut kamera di leher dengan bergulung-gulung negative hitam putih. Dengan tekad belajar sendiri dan lihat gambar-gambar fotografer terkenal yang menjadikan street sebagai subjek utama, saya terfikir, apakah hasil dengan kamera di tangan saya dan hubungannya pada sesebuah lokasi jika dirakam?

Saya lupa tahun bila sewaktu 2007 atau 2008 mungkin. Band Polaris perform di sebuah kelab Vinyl DC dalam kawasan Melaka Raya. Apa yang saya ingat waktu itu dalam ramai-ramai orang yang sedang menonton ketika persembahan, saya yang paling depan sekali. Dan vokalisnya tidak kisah dengan kamera saya yang hanya berada beberapa inci dari muka dia.

Kembali ke Georgetown sewaktu berjalan saya ternampak kelibat satu keluarga sedang bersiar-siar. Secara auto saya menghalakan kamera pada mereka dan imej seorang lelaki timbul pada viewfinder cuba untuk merampas kamera dengan memegang lens. Dia menjerit di tengah orang ramai memberitahu saya sedang menceroboh privasinya dan kami pun mula bertengkar. Saya memberitahu supaya lepaskan kamera dan jika alat ini rosak saya akan ke balai polis seberang jalan untuk selesaikan perkara ini. Isterinya memujuk supaya melepaskan dan kami masing-masing beredar. Apa yang saya perasan selepas itu, anaknya dalam kondisi tidak normal dan berkerusi roda manakala ayahnya saya fikir barangkali cuba bertindak melindungi perasaan anak dan sekeluarga daripada serangan kamera.

Transkrip dan terjemahan temuramah Lars Tunbjörk.
Kerja saya memang sebagai seorang fotografer dan kamera itu sendiri bertindak sebagai alat perlindungan, sebagai perkakas semestinya, untuk berhubung dengan orang, dan saya akan letakkan diri dalam situasi yang berbeza di mana saya tak pernah mengalaminya jika tanpa alat ini. Ia memang perihal bagi kebanyakan fotografer dan masih lagi begitu.
Anda sebenarnya boleh jadi halimunan di dunia ini, kerana semuanya dibina; dibina dengan gambar & fotografi yang menakjubkan. Ia terbentuk dalam keadaan yang aneh dan anda boleh pergi serapat-rapatnya menuju subjek bersama denyar di wajah mereka dan ia seolah-olah anda tak wujud di sana, kerana ia semata-mata mengenai fotografi, semata-mata teatrikal.
Saya mahu jadi terasing, juga ingin melihat dalam jarak tertentu dengan mata yang kritis, serta tumpuan pada persembahan gila ini. Saya cuba berusaha pada jarak tertentu yang objektif, kritikal, dan penuh kelucuan. Dan bagi saya, harapnya, mempamerkan fotografi yang sebegini, seperti memberi pernyataan politikal.
Saya suka bekerja, mengambil risiko, tak tepat pun tak apa, bekerja dengan pantas dan tanpa melihat terus ke kamera. Kadangkala hasilnya teruk dan boleh jadi kecewa juga tau, yalah, mungkin, kita tak pernah tahu.
Apa dia pentas yang Lars cuba terangkan? Barangkali memang pentasnya tetap ada cuma persembahannya berbeza dalam setiap pementasan. Sebagai fotografer yang sentiasa menghasilkan imej kita takkan pernah tahu walau dilambakkan segunung imej pun.

Selasa, 2 Januari 2018

Plastik Hitam Pasar Malam

Sama ada saya termakan pujukan kawan supaya beli kaset KRU di pasar malam atau sing along dan bergelak sakan mendengar kaset Salih Yaacob dalam kereta. Ini saya tak pasti yang mana satu langkah awal saya mendengar muzik. Melompat beberapa tahun ke depan dan menjadi tua, saya bersama adik beradik akan beli VCD filem dan muzik video. Ini pun kami dapat dari pasar malam. Kami akan menonton malam itu juga sambil makan makanan dari pasar malam atau keesokan hari atau hujung minggu atau waktu kerja sekolah tak menimbun. Mereka akan pasang lagu-lagu popular zaman itu dan saya akan memperlekehkan selera mereka tetapi saya akan tetap layan juga di baris paling belakang sekali menghadap tv. Muzik video waktu itu adalah dunia lain yang serba serbi aneh serta ia ada jangkauan mempamerkan persona artis dengan lebih rapat. Saya boleh tengok rambut aneh John Rzeznik, dan bad ass kononnya AJ McLean BSB. Tapi saya lebih tak tahan dengan Westlife.

Waktu tu memang kemuncak boyband dari UK dan Amerika. Ia memang dua identiti berlainan. Saya fikir boyband dari Amerika itu lebih seronok dari UK dan muzik video Amerika memang lebih sedap.  Saya memang jelas ingat bagaimana saya menemui band ‘kegemaran’ sekarang Radiohead. Memandangkan seorang kawan saya ini adalah anak seorang anggota polis dan kami sering lepak di bawah flat polis cawangan bandar, saya bertukar maklumat dengan sebatang rokok dan dia beritahu malam tadi ayahnya ikut serbuan bersama KDN serta bawa pulang pelbagai jenis CD dan VCD. Tetapi VCD lucah telah ditapis lebih awal. Mungkin sekotak rokok boleh dapatkan VCD segmen ini. Dia keluarkan plastik hitam yang besar dan kami berebut-rebut bila dia mula bawa turun. Satu benda saya terfikir kenapalah VCD ini mesti dipakaikan dengan plastik hitam baik dari serbuan sehinggalah jual beli di pasar malam. Bolehkah ia jadi lebih jelas piracynya?

Saya tak tahu apa yang ada pada muzik video sekarang. Seperti kewujudannya ada tapi dilupakan. Kalau dulu saya bergantung pada rancangan tv yang akan tayang skrin chatting manakala di sebelahnya ada muzik video. Ratio klip video itu mengecil tapi masih boleh layan. Rancangan ini akan disiarkan selalunya pada lewat malam dan saya memang tak ingat apa yang mereka borakkan cuma yang saya ingat setiap cas mesej itu berharga 50 sen. Dan disatu setting dan masa yang lain, tepatnya pertengahan 90an, seorang lagi teman dan di rumahnya ada stesen tv berbayar, secara automatiknya saya bertukar menjadi gam yang melekat dan masa yang sama sebagai span yang menyerap apa yang MTV pancarkan. Sesi penting ini berlaku selepas sekolah agama dan akan jadi topik waktu duduk bersila pada perhimpunan sekolah pagi esok.

Dengan kelahiran media baru sekarang, muzik video tak mampu bersaing kerana sekarang kita ada memes, vines, video kemalangan, video rompakan atau video kucing yang cuma berdurasi sependek 10 saat tetapi berjaya menelurkan ribuan sharing dan capaian merebak kencang. Tetapi muzik video yang hanya seminimum 3 minit pun tak mampu menahan denyutan jari anda untuk scroll ke video seterusnya mendahagakan keterujaan. Ia berlainan dengan waktu kemeriahan MTV yang mana pengarah dan pemuzik saling berganding idea dan merepresentasi audio visual mereka ke suatu nikmat berbeza. WN Azriq pernah menulis, media sosial itu ibarat pasar malam dan kandang zoo. Jika kita perhati atau berkunjung ke pasar malam sekarang, mana ada orang jual VCD lagi. Dan kau pernah nampak orang jual VCD di zoo? Oh boleh jadi saya lupa waktu dulu pasar malam juga salah satu tempat untuk bersosial.

Isnin, 25 Disember 2017

Memberi & Menerima saSaufie.


Sebelum ini saya tak pernah terfikir akan digelar sasau atau gabung perkataan tu dengan nama sendiri dan minta Anas umumkan waktu melanggar_3 di CORM, Jasin, 2 Disember lepas. Beberapa tahun sebelum tu waktu merayau-rayau di bandar saya terserempak dengan kawan-kawan dari period sekolah menengah dan bertanyakan khabar, ritual untuk orang yang dah lama tak bertemu seolah-olah tak ada pertanyaan lain. Tapi yang menarik perhatian, dia khabarkan ada seorang kawan kami yang mengatakan saya dah gila, berjalan berseorangan dan bercakap sendirian. Saya tergelak dengan khabar itu dan tentu sekali menidakkan kerana kawan kami itu terkenal dengan perangai tidak seimbang (kelakuan antaranya: mematahkan dahan pokok dan heret ke kelas dan cuba memberi seorang kawan kelas makan pucuk-pucuk itu kerana dia baru aja dapat gelaran Cipan).

Hanya orang gila kenal orang gila. Kebanyakan orang berpendapat sebegitu dan saya sendiri pernah lihat di mamak dua orang yang memang terkenal gila di serata bandar dan mereka duduk semeja. Berborak seperti kita dan order minum juga sebegitu. Nama seorang ialah Din berasal dari Sungai Petani, Kedah dan berumur lebih kurang 50 tahun dan seorang lagi berbadan besar dan tidak berbaju (saya andaikan nama dia Bob). Tak lama selepas itu mereka menarik perhatian meja sebelah (normal) dan mereka diganggu supaya mengatakan gila pada sesama sendiri. Keadaan jadi kecoh sebentar dan penuh gelak tawa. Seperti biasa orang waras suka mencabut bunga di taman.

Jadi sasau ataupun sasar dalam pengertian yang lebih seantero ialah sesat, adalah satu pencerahan kepada penemuan. Columbus dalam voyejnya mencari Kota Emas juga berhasil menemukan Hispaniola. Dengan zaman Google atau Waze kemungkinan untuk tidak tersasar itu adalah tipis tetapi dengan pautan-pautan (yang sering saya termakan klik) dan kecemerkapan Waze yang tidak diupdate atau juga jaringan data anda tidak kesampaian semasa berkelana, sila jangan panik dan tembuslah jalan-jalan yang asing bagi anda dan bersiap sedialah dengan segala kemungkinan. Saya menunggang motorsikal sudah lebih 16 tahun dan penghalang utama kesesatan saya adalah orang-orang dengan penampakan waras. (Pro tip:hindari golongan ini jika dalam kesesatan).

Ada kebenarannya mungkin, dan saya mengakui saya memiliki sedikit sasau dengan mengingat kembali perlakuan dan jalan-jalan yang saya temukan ketika merayau menaiki motorsikal tetapi hanya orang gila mengenal orang gila dan saya akan mengulangi kelakuan di meja orang gila sebelum ini dengan menyatakan Jayzuan itu lebih gila daripada saSaufie!